Thursday, 27 January 2011

Ni cerita minggu lepas, tapi diceritakan juga sbb dah terbayang dah nak post sekali dengan gmbr..

Hari Isnin yang lepas, saya cuma kerja separuh hari, sbb ptg perlu outstation (ewah), dan balik ke ofis semula pada hari Rabu. Hari Rabu, sampai ofis entah mcm mana tergerak la hati nk selak langsir tingkap (yang jenis mcm blind.. ke mcm mana ntah nk describe, sila rujuk gambar di bawah sekali) sebelum bukak tingkap. Bila dibuka langsir tu, jadi ternampaklah lebah-lebah melekap-lekap kat tingkap bilik.


Ingatkan yang 5-6 ekor tu je rupanya..ni ha..satu keturunan dia ada. Dah sempat buat sarang rupanya dalam 2 hari tu..

Nasib baik belum bukak tingkap tadi...fuhh


Ni pandangan dari luar..besar dah rupanya. Cepat betul lebah ni buat kerja. Kan bagus kalau orang boleh kerja macam lebah..Klik kat gmbr untuk tengok lebih besar.

Komen paling favourite/banyak diorang bagi pasal lebah yang bersarang kat luar bilik ni..

1. "Madu lebah takpe, jangan ber-madu"

2. "Banyak-banyak bilik, bilik anak dara ni juga yang dia minat.."


Errr..tatau nk cakap apa utk komen no.2..

No comments: