
Inilah dia kereta saya. Kenapa saya pilih biru? saya pun tak sure sekarang ni kenapa. Tapi yang pastinya dia nampak kurang kotor dari jauh bila saya lambat pergi basuh kereta dan kereta tu comel. Hehe. Cuma sekarang ni masih terkedek2 belajar nak bawak kereta. Nasib baik beli auto, kalau manual mahunya berpeluh2 bila kereta mati engin tengah2 jalan. Naya! Ni bukan kes lesen terbang ye, ni kes lesen yang disimpan buat pekasam.
*************************************************************************************
Aisy Wafi ada dengan mama dia sekarang. Sampai2 rumah dia tgh malam dari kampung, Aisy terus baca majalah2 yang dia boleh capai (baca = makan). Aktif merangkak seluruh rumah. Sampai ke dapur pun dia nak pergi. Gigi dah ada lapan walaupun dia baru nak masuk sembilan bulan. Aisy jugak dah makan dan ketuk2 handphone saya. Sekarang ni handphone saya dah rosak! tapi bukan sbb Aisy makan. Sbb dah selalu sangat jatuh dan kena ketuk kot. Jadi sekarang ni, saya tak ada nombor sesiapa pun. So people, please do sms me your number, but dont forget to write your name.
************************************************************
Selamat menyambut bulan Ramadhan dan berpuasa juga pada semua. And to Pn. Farizah, selamat melahirkan nnt. Semoga selamat melahirkan without any complication.
p/s: Tahun ni mungkin jadi tahun pertama selepas 6 tahun, adik beradik semua dapat berkumpul masa raya. Tapi tgk pada keadaan macam mana. mungkin dapat, dan mungkin juga tidak. Mudah-mudahan dapat...aminnn