Melihat kembali apa yang telah/sedang dan yang akan saya lakukan, kerap kali membuatkan saya keliru. Ya, saya masih keliru. Mungkin sedikit kehilangan arah bagaimana hendak menyeimbangkan antara kerjaya dan peribadi.
Adakala saya di pejabat dan memikir soal apa yang saya harus lakukan di rumah.
Di rumah pula, saya sering memikirkan soal pejabat.
Keutamaan dalam membahagikan masa, dan perkara yang harus diutamakan. Mujur ketika ini saya belum tinggal bersama-sama suami lagi. Perhatian yang perlu diberikan dalam menjalankan tanggungjawab seorang isteri. Tanggungjawab seorang anak dan adik tidak harus dilupakan.
Adakala saya perlukan teman untuk berbual. Sekadar borak-borak yang boleh mencambah idea bernas dan membuatkan otak berfikir.
Adakala saya perlu berborak kosong, agar kehidupan rasa lebih santai dan merehatkan minda dari soal kerja di pejabat dan perkara-perkara yang harus diilakukan.
Banyak yang saya ingin lakukan. Tapi pengurusan masa masih belum lagi 100% bagus. Masa untuk diri sendiri sahaja kadang terabai.
Tapi pada masa yang sama saya mula mengenal diri saya. Saya mula membuat angan-angan jenis ketua bagaimana yang ingin saya jadi, seroang pengurus masa yang baik, penyelia yang sentiasa menghargai anak-anak buahnya dan pada masa yang sama seorang yang teliti dalam membuat kerja. Tidak lupa juga sentiasa dengan idea-idea yang baru.
Saya ingin menjadi bagus, saya mahu maju dan saya inginkan hari ini lebih baik dari hari esok.
Berusahalah!!!!
No comments:
Post a Comment