Sunday, 24 May 2009

Saya dan Kerja

Sampai hari ini belum jelas lagi apa yang perlu saya buat. Tapi tak bermaksud saya nak merungut saya tak ada kerja, sebabnya saya tahu bila kerja dah menimbun lain pulak jadinya. Saya tetap bersyukur sebab saya berjumpa dengan kawan-kawan baru yang menarik, pelbagai personaliti dan latar belakang. I wouldn't trade my two weeks for anything.

Saya akan bekerja di Kluang. Buat masa sekarang saya akan berulang dari Batu Pahat ke Kluang, tapi akan cari juga kalau2 ada cara lain yg lebih mudah nnt utk saya. Takut jugak bila fikir pasal kerja ni. Takut sebab pengalaman bekerja tu tak ada. Dan saya perlu cepat menyesuaikan diri di tempat kerja tu nnt.

Kadang2 saya tak faham dengan sikap rakyat Malaysia yang mmg suka sangat komplen pasal kerajaan. Sikit2 nak komplen. Salah sikit komplen. Saya rasa kalau dia yang dapat tanggungjawab memimpin komfem pening kepala dia tak tido malam. Memang ada segelintir pemimpin yang apabila mereka ada di atas, mereka lupa dan lalai dengan kuasa dan duit yang disogokkan. Tapi tak semua begitu.

Tak sempat nak keep in touch dengan rakan2 lama. Pada yang hendak menyambut cahaya mata, atau yang hendak berkahwin dan bertunang, tahniah ye!

Kalau ada rezeki kita akan berjumpa, tak kiralah mungkin di kenduri2 kahwin atau terserempak dimana2.

Okay. Sampai nanti.

1 comment:

3740Journal said...

ko keje mane kat kluang? keje kerajaan kah?